Kajian kes HAKAM
KAJIAN TERHADAP KES HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA .
Dalam kes Tunjuk perasaan di lebuhraya Kesas pada November 2000,
penganjur Parti Pembangkang telah merancang mengadakan perhimpunan
yang dijangka akan dihadiri sehingga 100,000 orang di tanah
persendirian dan bukannya di kawasan awam dan dengan demikian tidak
memerlukan permit polis .Walau bagaimanapun sejak awal-awal lagi polis
telah memaklumkan tanpa permit perhimpunan tersebut adalah haram ,walau
bagaimanapun demonstrasi oleh golongan penduduk tempatan menentang
perhimpunan yang akan diadakan itu dibenarkan polis tanpa membuat
permohonan atau mendapat permit polis . Sebelum perhimpunan itu diadakan
polis telah merancang bagi menghalang dan menguasai sepenuhnya
termasuk menghalang orang ramai daripada sampai ke tempat perhimpunan
dengan mebuat sekatan jalanraya . Pada hari perhimpunan tersebut
beratas-ratus kereta yang cuba masuk terperangkap dalam kesesakan lalu
lintas di lebuhraya Kesas dan terpaksa meletakan kereta mereka ditepi
jalan pada hari tersebut polis telah menyenbur air dan gas pemedih masa
mengunakan hos untuk menyuraikan orang ramai semasa mereka cuba
bergerak .Seramai 122 orang telah ditangkap dan mereka yang cedera
tidak diberikan rawatan sehingga keesokan harinya dan direman selama 5
hari . Menurut pemerhati mendapati berhubung kebebasan berhimpun pihak
polis wajar memberi kebebasan berhimpun, ekoran daripada itu dalam
laporan siasatan Kesas 2001 Suhakam telah membuat beberapa cadangan
antaranya
i) undang-undang berkaitan denganperhimpunan hendaklah dilaksanakan dengan saksama dan tiada diskriminasi ;
ii) Kaedah penyuraian orang ramai oleh PDRM perlu dikaji semula dan polis diminta mengawal diri semasa bertindak ;
iii) Orang ramai diberi masa secukupnya untuk bersurai dan bukanya
dikejar dan atau dipukul dizalimi dan dilayan dengan tidak
keperikemanusiaan dan rawatan perubatan perlu diberi segera .
Dalam insiden yang lain pada feb 2004, seramai lebih kurang 60 orang
termasuk wakil dari 46 NGO dalam parti politik telah berhimpun secara
aman di hadapan pintu masuk pejabat Polis Bukit aman untuk menghantar
memorandum berkenaan penyalahgunaan kuasa oleh polis hanya tiga orang
wakil sahaja dibenarkan masuk dalam bangunan semasa menghantar
memorandum tersebut sedangkan pihak penganjur telah meminta untuk
menghantar sekurang-kurangnya 10 orang untuk masuk bagi membincangkan
isu -isu yang akan dibangkitkan. Pegawai polis tidak mengendahkan
permintaan ini dan mengarahkan supaya mereka bersurai , tanpa didengari
oleh kebanyakan mereka dalam masa 3 minit trak penyembur air telah
menyembur air yang dicampur dengan bahan kimia kearah orang ramai,
semasa peserta melarikan diri dan terjatuh seramai 17 orang telah
ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin.
Dalam kes Re Susie Teoh, Hakim Mahkamah Tinggi YA Abdul Malek,
memutuskan bahawa seorang bapa tidak mempunyai kuasa di bawah Akta
Penjagaan Anak 1961 untuk memilih agama bagi anaknya. Anaknya mempunyai
hak di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih
agamanya sendiri. Ringkasnya, seseorang bukan Islam yang berumur di
bawah umur 18 tahun boleh menentukan agamanya sendiri dan tidak
tertakluk kepada kehendak penjaganya.Tetapi, keputusan ini dibalikkan di
Mahkamah Agung. Di Mahkamah Agung telah diputuskan di bawah semua
keadaan, demi kepentingan negara yang lebih utama, seseorang minorit tidak mempunyai hak
automatik untuk menerima ajaran berkaitan sesuatu agama tanpa kebenaran
ibu bapa atau penjaganya. Dalam keputusan ini, kepentingan ramai
mengatasi hak seorang kanak-kanak untuk memilih agamanya yang dijamin di
bawah Perkara 11.
Dengan memantau kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah Malaysia, kita
dapat mengkaji pendekatan kehakiman terhadap imbangan antara hak ramai
dan hak individu.
By - Hari Raaj :)
No comments:
Post a Comment